VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
BICARA AGAMA

ARKIB : 14/06/2013

Kelebihan haji

ANTARA nikmat Allah SWT yang paling besar ialah diberi kurniaan kepada hambanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Menurut buku Khasais Jazirah al-Arab, karya Syeikh Bakar Bin Abdullah Abu Zaid menyebut, keistimewaan Semenanjung Tanah Arab antaranya ialah, Kota Suci Mekah al-Mukarramah atau Tanah Haram Mekah ialah:

1.Ibnu Qayyim berkata: Allah SWTmemilih tempat dan negeri yang terbaik, iaitu Balad al-Haram. Begitu juga untuk nabi-Nya SAW dijadikan sebagai manasik sehingga mereka datang ke Kota Suci Mekah.

2.Siapa yang datang ke Kaabah bertujuan melakukan ibadat dan tidak membuat perkara yang tidak baik, nescaya dia pulang seolah-olah baru dilahirkan oleh ibunya.

3.Masjid al-Haram adalah sebaik-baik tempat di muka bumi, di mana kita digalakkan bersungguh-sungguh musafir kepadanya sama ada menunaikan ibadat haji atau umrah.

4.Kaabah menjadi kiblat penduduk bumi, di mana ia terletak di kota Mekah.

5.Antara keistimewaannya, haram mengadap atau membelakangkan kiblat ketika qada' hajat.

6.Masjid al-Haram merupakan masjid yang pertama di muka bumi ini, seperti yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

7.Tidak boleh memasuki Mekah bagi bukan yang mempunyai hajat secara berulang kecuali dengan ihram.

8.Dihukum berdosa kepada yang bercita-cita melakukan kejahatan, sekalipun belum melaksanakannya seperti mana firman Allah SWT di dalam surah al-Hajj pada ayat 25 yang bermaksud: Sesungguhnya (amatlah zalim) orang-orang yang kafir serta menghalangi manusia dari jalan Allah (agama Islam) dan daripada memasuki Masjid Al-Haram (Mekah) yang Kami jadikan Dia tempat beribadat untuk seluruh umat manusia (yang beriman) - sama ada yang tinggal menetap di situ atau yang datang berziarah dan sesiapa yang berazam melakukan di situ sebarang perbuatan yang dilarang dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.

9.Ibadat yang digandakan kepada-Nya.

10.Tempat lahir Rasulullah SAW.

11.Terdapatnya Kaabah, Hajar al-Aswad, Maqam nabi Ibrahim dan lain-lain.

12.Amat mudah dimustajabkan doa dan doa dimakbulkan.

Berdasarkan kepada kenyataan dan nas di atas, alangkah beruntungnya bagi sesiapa yang menjadi tetamu Allah untuk meraih pahala Allah SWT dengan sebanyak mungkin di Kota Suci Mekah yang mempunyai 1001 macam keberkatan dan kelebihannya.

Oleh itu, kepada tetamu Allah SWT dan bakal jemaah haji, saya syorkan agar sentiasa menggunakan peluang yang ada semasa di Kota Suci Mekah dan juga di Kota Madinah untuk menambahkan aktiviti ibadat seperti qiamullail, bacaan al-Quran, zikrullah, iktikaf dalam masjid, melakukan ibadat tawaf dan juga ziarah makam Rasulullah SAW.

Begitu juga beribadat kepada Allah SWT perlu dipertingkatkan khususnya ketika seseorang berada di sana kerana ada masa-masa tertentu doa dimustajabkan dan juga tempat-tempat tertentu.

Lebih istimewa daripada itu, apabila gabungan masa dan tempat yang disekalikan untuk diajukan munajat serta doa kepada Tuhan Rab al-Alamin sudah pasti amat mudah dimakbulkan.

Hal ini bagi orang yang berwukuf di Arafah pada hari yang ke-9 Zulhijjah selepas Zuhur maka waktu tersebut hingga mereka berangkat dari Arafah adalah amat mustajab doa.

Terdapat segelintir manusia yang tidak peka berkenaan kelebihan Kota Suci Mekah sehingga mereka membawa sifat negatif dan tidak baik dari tanah watan mereka bersama-sama ke Kota Suci Mekah akibatnya mereka lesu dan kurang bersemangat ketika melaksanakan ibadat, bahkan mereka banyak menghabiskan masa dengan berbual kosong berdebat pada perkara yang remah-temah dan juga melakukan beli-belah sebagai acara keutamaan.

Malanglah golongan seperti ini tambahan pula untuk mendapatkan tempat menuju ke kota suci pada musim haji berdasarkan kouta yang telah ditetapkan. Buanglah sifat negatif, malas dan juga kelesuan dalam beribadat dengan menggantikan sifat-sifat mahmudah dan bermujahadah dalam melaksanakan ibadat dengan bersungguh-sungguh.

Marilah sama-sama kita mengambil peluang untuk muhasabah diri sebelum menuju ke Kota Suci Mekah, bertaubat dan belajar ilmu berkaitan manasik haji agar para jemaah haji yang menjadi tetamu Allah digelar sebagai Duyuf al-Rahman mendapat haji yang mabrur. Amin.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.