VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Ogos 2014 / 27 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 14/06/2013

Ramadan: Thailand, BRN kurangkan operasi

KUALA LUMPUR 13 Jun - Kerajaan Thailand dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) bersetuju untuk mengurangkan tindakan operasi di selatan negara itu sepanjang Ramadan ini.

Persetujuan antara kedua-dua belah pihak itu dicapai pada mesyuarat keempat Jawatankuasa Kerja Proses Rundingan Damai Selatan Thailand (JWG-PDP) yang berlangsung di ibu negara hari ini.

Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang bertindak sebagai fasilitator proses rundingan damai itu memberitahu, langkah tersebut selaras dengan semangat Ramadan sekali gus membuktikan keikhlasan, niat murni dan sikap saling percaya antara dua pihak terbabit.

"Perincian berkaitan terma dan syarat bagi mencapai situasi berkenaan di selatan Thailand dalam bulan Ramadan akan disediakan secepat mungkin.

"Pihak BRN bersetuju untuk menyediakan penjelasan terperinci berkaitan lima tuntutan yang telah diserahkan kepada kerajaan Thailand sebelum ini," kata MKN dalam kenyataan di sini malam ini.

Tambah MKN, kerajaan Thailand memberi komitmen untuk menyediakan maklumbalas kepada BRN melalui fasilitator secepat mungkin setelah menerima penjelasan daripada BRN.

Dalam kenyataan itu, MKN turut menjelaskan kerajaan Thailand dan BRN

menunjukkan komitmen kepada proses perdamaian dan optimios untuk

mencapai kemajuan pada masa hadapan.

Menurut MKN, mesyuarat JWG-PDP kali ini dijalankan dalam suasana

positif dan mesra serta kedua-dua pihak bersetuju untuk bertemu lagi

selepas Ramadan.

Delegasi kerajaan Thailand diketuai oleh Ketua Setiausaha, Majlis Keselamatan Negara Thailand, Leftenan Jeneral Paradorn Pattanabut manakala Ketua Perhubungan Luar BRN, Hassan Taib mengetuai delegasi BRN.

Datuk Seri Ahmad Zamzamin Hashim bertindak sebagai fasilitator mewakili kerajaan Malaysia dalam proses rundingan damai itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:19
Asar 4:32
Maghrib 7:24
Isyak 8:35

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.