VERSI : Mobile | Akhbar Digital
29 Julai 2014 / 2 Syawal 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 26/06/2013

Bonus: CUEPACS sambut baik kenyataan KSN

KUALA LUMPUR 25 Jun - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menyambut baik kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dr. Ali Hamsa yang percaya Perdana Menteri akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kenyataan tersebut memberikan harapan kepada 1.4 juta penjawat awam di seluruh negara bahawa kerajaan akan mempertimbangkan pemberian bonus pada tahun ini.

Katanya, melihatkan kepada prestasi baik yang dipamerkan sepanjang tahun, termasuk sokongan yang tidak berbelah-bahagi dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, adalah wajar kerajaan memberikan sesuatu kepada golongan pelaksana agenda negara ini.

"Bonus ini memang sentiasa dinantikan oleh penjawat awam setiap kali menjelang hari raya atau pembentangan bajet. Ini adalah sebahagian daripada cara kerajaan menjaga kebajikan mereka.

"Apa yang diucapkan oleh KSN sebenarnya satu harapan kepada kami bahawa akan ada sesuatu yang baik pada tahun ini," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut laporan akhbar hari ini, Ali percaya bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan memutuskan isu pemberian bonus kepada penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 nanti.

CUEPACS mencadangkan kepada kerajaan supaya bonus melebihi sebulan setengah gaji diberikan kepada lebih 1.4 juta penjawat awam sempena pembentangan Bajet 2014 tahun ini.

Daripada jumlah itu, pembayaran setengah bulan gaji kepada kakitangan awam terbabit dibuat sebelum menjelangnya perayaan Aidilfitri nanti.

Mengulas lanjut, Omar berkata, penjawat awam kini sudah berubah berbanding dahulu, atas dasar mahu memastikan kejayaan kepada misi kerajaan.

"Jadi saya rasa tidak ada masalah jika kerajaan memberikan separuh bulan bonus sebelum Aidilfitri dan bakinya selepas itu jika diambil kira prestasi yang telah dipersembahkan oleh mereka," katanya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:44
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.