VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 Julai 2014 / 27 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 28/06/2013

Hanya Nilai masih tidak sihat

KUALA LUMPUR 27 Jun - Keadaan jerebu di seluruh negara hampir pulih sepenuhnya dengan hanya Nilai sahaja yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat iaitu 122, setakat pukul 5 petang ini.

Jabatan Alam Sekitar menerusi laman webnya memberitahu, sebanyak 22 kawasan merekodkan IPU pada tahap baik dengan bacaan di bawah 50 manakala 28 kawasan tahap sederhana dengan bacaan antara 51 hingga 100.

Seluruh kawasan di ibu negara dan Selangor berada pada tahap sederhana dengan Batu Muda merekodkan IPU 65, Cheras (67), Banting (95), Kuala Selangor (51), Pelabuhan Klang (64), Petaling Jaya (74) dan Shah Alam (66).

Keadaan udara di pantai timur turut bertambah baik apabila tiga kawasan merekodkan IPU pada tahap baik sementara lima (tahap sederhana).

Kota Bharu merekodkan IPU 34, Tanah Merah (48), Balok Baru (64), Indera Mahkota (63), Jerantut (50), Kemaman (80), Kuala Terengganu (56) dan Paka (56).

Begitu juga di utara Semenanjung Malaysia, kebanyakan kawasan berada pada tahap baik, antaranya Jalan Tasek (35), Taiping (22), Seri Manjung (42), Perai (37), Seberang Jaya 2 (45) dan persekitaran kampus Universiti Sains Malaysia (45).

Di selatan tanah air pula, keseluruhan kawasan di Johor dan Melaka merekodkan IPU pada tahap sederhana dengan Kota Tinggi (78), Larkin Lama (73), Muar (69), Pasir Gudang (75), Bandar Melaka (76) dan Bukit Rambai (94).

Dua kawasan di Negeri Sembilan iaitu Port Dickson dan Seremban turut berada pada tahap sederhana dengan bacaan IPU masing-masing 72 dan 77.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.