VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
DALAM NEGERI

ARKIB : 07/09/2013

Sertai Peraduan Merdeka Ria Utusan Malaysia-GINTELL

Hadiah utama berupa kerusi urut bernilai RM17,988 tajaan GINTELL (M) Sdn. Bhd., menanti pemenang Peraduan Merdeka Ria Utusan Malaysia - GINTELL.

KUALA LUMPUR 6 Sept. - Pembaca setia akhbar Utusan Malaysia diminta tidak melepaskan peluang menyertai Peraduan Merdeka Ria Utusan Malaysia-GINTELL yang bakal berakhir seminggu lagi.

Penolong Pengurus Komunikasi Korporat Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, Nik Anura Nik Abdul Rahman berkata, peraduan yang diadakan sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 itu menawarkan pelbagai hadiah menarik bernilai lebih RM50,000 tajaan GINTELL (M) Sdn. Bhd.

Jelasnya, hadiah itu termasuk kerusi urut De'Cosmos berharga RM17,988 bagi pemenang utama manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing akan membawa pulang mesin senaman CyberAIR Compact bernilai RM10,988 dan i-So Melody (RM6,988) dan tujuh hadiah saguhati iaitu mesin urut kaki (RM2,188).

"Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12 September ini dan 10 pemenang bertuah yang menjawab soalan dengan tepat akan dipilih sebagai pemenang.

"Orang ramai hanya perlu menjawab tiga soalan mudah di samping mengumpul 10 kepala akhbar Utusan Malaysia berlainan tarikh bermula 19 Ogos hingga 6 September," katanya di sini hari ini.

Antara syarat lain, Peraduan Merdeka Ria Utusan Malaysia-GINTELL hanya menerima borang asal dan hakim berhak menolak penyertaan yang menggunakan borang fotostat.

Menurut Nik Anura, nama-nama pemenang akan diumumkan dalam akhbar Utusan Malaysia dua minggu selepas tarikh tutup penyertaan pada 12 September ini.

Tema sambutan Hari Kemerdekaan negara pada tahun ini adalah Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku.

Untuk makluman pembaca, naskhah pertama akhbar Utusan Malaysia diterbitkan pada 9 Mei 1939.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.