VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
FORUM

ARKIB : 24/06/2013

Elak sesak cuti raya: Syor mula 3 hingga 14 Ogos

SAYA memohon Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempertimbangkan semula cuti persekolahan pertengahan penggal ke-2, 2013 yang kebetulan disambung bersama cuti Hari Raya Aidil Fitri yang bermula pada Rabu, 7 Ogos 2013 hingga Ahad, 18 Ogos 2013.

Oleh kerana Hari Raya Aidil Fitri jatuh pada 8 Ogos 2013, ini akan menyebabkan kesesakan jalan raya yang terlampau kerana semua warga kota akan pulang ke kampung serentak pada 7 Ogos 2013. Keadaan ini sudah tentu mengundang pelbagai masalah yang semua sedia maklum.

Oleh itu, harap KPM mempertimbangkan semula untuk percepatkan cuti penggal bermula pada 3 Ogos 2013 dan berakhir pada 14 Ogos 2013. Sekolah dibuka semula pada 15 Ogos 2013 bagi negeri-negeri yang cuti hujung minggunya jatuh pada hari Ahad dan 14 Ogos bagi negeri-negeri yang lain.

Keadaan yang sama berlaku pada sambutan Hari Raya Aidil Fitri tahun lalu (2012) dan kerajaan akhirnya mengarahkan sekolah bercuti awal bagi membolehkan warga sekolah pulang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan setelah mendapat aduan daripada pihak guru dan ibu bapa.

Jika cuti penggal masih kekal pada 7 Ogos, tidak mustahil ibu bapa terpaksa memberi anak-anak masing-masing bercuti dan ini menafikan hak anak-anak untuk ke sekolah.

Sekiranya KPM mengarahkan cuti berganti pada 5 dan 6 Ogos, ini bukanlah merupakan langkah yang bijak. Cuti berganti pada hari Sabtu bukanlah pilihan terbaik kerana kehadiran murid adalah amat mendukacitakan berdasarkan pengalaman apabila adanya sekolah ganti hari Sabtu.

Oleh itu, langkah yang terbaik adalah mempercepatkan cuti penggal (3 Ogos 2013) dan menamatkan cuti penggal lebih awal (14 Ogos 2013).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.