VERSI : Mobile | Akhbar Digital
23 Julai 2014 / 25 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
JENAYAH

ARKIB : 07/07/2013

Maksiat: 41 ditahan operasi imigresen, Jawi

KUALA LUMPUR 7 Julai - Sejumlah 41 individu termasuk seorang yang dipercayai penjawat awam berusia 33 tahun, ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan serentak oleh pihak berkuasa ke atas dua hotel bajet di Brickfields hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa berkata, operasi dua jam melibatkan 20 pegawai Imigresen dan lapan dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mulai 10 pagi itu, turut menahan 38 pendatang asing dan dua lagi rakyat tempatan.

Beliau berkata, penjawat awam itu yang ditahan bersama pasangannya, seorang warganegara asing, telah diserahkan kepada pihak Jawi untuk tindakan lanjut.

"Daripada soal siasat, kami percaya lelaki ini bekerja di bahagian sokongan sebuah jabatan kerajaan dan telah menginap di hotel ini sejak semalam. Dia memberitahu sudah berkahwin dengan pasangannya namun tidak dapat menunjukkan sebarang bukti," kata James kepada pemberita selepas serbuan itu di sini.

Turut ditahan dua penjaga premis warga tempatan, masing-masing berusia 25 dan 58 tahun kerana bertindak melindungi dan membenarkan warga asing terdiri daripada 31 wanita dan tujuh lelaki itu tinggal di dua hotel berkenaan.

"Kesemua warga asing yang ditahan berusia antara 18 dan 57 tahun itu juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pelacuran dan modus operandi yang digunakan ialah mereka menjadikan hotel sebagai transit.

"Apabila ada pelanggan, mereka akan disuruh menunggu di hotel sebelum dibawa ke tempat lain, atau melayan pelanggan di hotel itu sendiri," kata James sambil memberitahu warga asing yang ditahan itu merangkumi warga Indonesia, Filipina, India, Sri Lanka dan Nepal.

Siasatan awal mendapati mereka menggunakan pas pelawat tamat tempoh atau menyalahgunakan pas kerja.

Kumpulan warga asing dan rakyat tempatan itu ditahan di bawah pelbagai seksyen mengikut Akta Imigresen untuk membantu siasatan. - BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.