VERSI : Mobile | Akhbar Digital
16 September 2014 / 21 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
KESIHATAN

ARKIB : 25/06/2013

Ancaman endometriosis

Pembedahan yang dijalankan untuk membuang lesi endometrium. - Gambar hiasan

PAKAR Obstetrik dan Ginekologi serta Pakar Onkologi Ginekologi, Dr. Suresh Kumarasamy berkata, endometriosis adalah penyakit kronik lagi menyakitkan.

"Bagi sesetengah wanita, penyakit ini tiada penawar yang kekal. Kesakitan yang dialami mereka boleh menyebabkan kelesuan fizikal dan mental, melemahkan mereka di puncak kehidupan dan menjejaskan kerjaya dan hubungan peribadi.

"Tinjauan selidik di Malaysia mendedahkan wanita menunggu selama dua tahun selepas mengalami gejala endometriosis sebelum mereka mendapatkan rawatan.

"Lebih 60 peratus daripada wanita menangguhkan tindakan mendapatkan rawatan kerana mereka menjangka gejala ini akan hilang dengan sendirinya," katanya.

Tambah Dr. Suresh, setiap wanita mengalami tahap kesihatan yang berbeza. Tahap kesakitan yang dialami tidak semestinya dikaitkan dengan saiz atau bilangan lesi endometrium.

Sebab itu disarankan supaya wanita yang mengalami gejala endometriosis agar mendapatkan perhatian perubatan seawal mungkin supaya tidak menderita dalam diam.

"Meskipun sesetengah wanita mengalami kesakitan pada masa tertentu, namun, seorang dalam empat wanita penghidap endometriosis mengalami kesakitan sepanjang kitaran haid mereka.

"Matlamat rawatan untuk wanita yang menghidap endometriosis adalah untuk melegakan kesakitan, melambatkan pertumbuhan tisu endometrium, menambah baik atau melindungi kesuburan dan mencegah penyakit daripada berulang," katanya.

Ujar Dr. Suresh, laparoskopi biasanya dijalankan untuk mengesahkan diagnosis. Laparoskopi boleh dijalankan untuk membuang lesi endometrium, tetapi bagi sesetengah pesakit. Lesi mungkin akan kembali selepas pembedahan.

"Gejala endometriosis biasanya dirawat dengan ubat penahan sakit, seperti ubat antiradang bukan steroid (NSAID), dan rawatan hormon seperti pil perancang oral, progestin dan analog hormon pengeluar gonadotropin (analog GnRH)," katanya.

Beliau berkata, faktor-faktor risiko seseorang wanita didiagnosis termasuk sejarah endometriosis dalam keluarga, kedatangan haid awal, turun darah haid terlalu banyak, menopaus lewat dan lambat mengandung.

"Gejala biasa termasuk kesakitan pelvis kronik, kesakitan semasa haid (senggugut), kesakitan semasa dan selepas melakukan hubungan seks dan tidak subur.

"Sebanyak 30 hingga 50 peratus wanita yang mempunyai gejala endometriosis mempunyai masalah ketidaksuburan.

"Tidak semua wanita dengan gejala endometriosis mempunyai simpton dan hanya sedikit daripada mereka didiagnosis menghidap penyakit tersebut apabila membuat rawatan kesuburan," katanya.

Sementara itu, bagi membantu wanita Malaysia yang selama ini menanggung kesakitan yang melemahkan badan mereka akibat endometriosis kini boleh mendapat manfaat yang ditawarkan oleh Visanne, iaitu ubat oral baru yang terbukti berkesan yang dilancarkan oleh Bayer HealthCare.

Dalam ujian klinikal yang dijalankan, Visanne (Dienogest) terbukti membantu mengurangkan sebahagian besar kesakitan yang di kaitkan degan endometriosis dan juga mengurangkan pertumbuhan tisu seperti endometrium yang terdapat di luar rahim.

Profesor Obstetrik dan Ginkologi, Universiti Cologne, Jerman, Thomas Romer, menjelaskan, bukti klinikal menunjukkan Visanne berkesan melegakan kesakitan yang dikaitkan dengan endometriosis termasuk kesakitan senggugut, kesakitan sebelum kedatangan haid, kesakitan pelvis dan kesakitan semasa melakukan hubungan seks.

"Visanne adalah ubat oral pertama di dunia yang memberi keberkesanan seperti suntikan analog GnRH.

"Lebih penting lagi, kajian klinikal menunjukkan bahawa Visanne mencatatkan tahap kejadian selaras panas yang lebih rendah dan perubahan ketumpatan mineral tulang yang minimum berbanding dengan suntikan analog GnRH," Katanya. - SITI AISHAH YUSOFF

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:11
Asar 4:12
Maghrib 7:14
Isyak 8:23



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.