VERSI : Mobile | Akhbar Digital
25 April 2014 / 25 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
LUAR NEGARA

ARKIB : 23/09/2013

Pengebom berani mati letup diri di gereja, 60 terbunuh

Seorang lelaki meraung selepas dimaklumkan tentang kematian anggota keluarganya dalam kejadian serangan berani mati di sebuah gereja di Peshawar yang mengorbankan 60 orang, semalam. - REUTERS

PESHAWAR 22 Sept. - Seorang pengebom berani mati meletupkan dirinya di sebuah gereja di timur laut Pakistan hari ini, menyebabkan sekurang-kurangnya 60 orang terbunuh dan lebih 100 yang lain cedera.

Menurut pihak berkuasa, serangan itu berlaku ketika orang ramai keluar dari gereja tersebut bagi mendapatkan makanan percuma di laman gereja itu.

Pihak berkuasa tidak dapat memastikan jumlah sebenar pengebom berani mati dalam serangan tersebut.

Wanita dan kanak-kanak merupakan antara mereka yang terkorban dalam insiden itu.

Menurut beberapa saksi, mereka terdengar dua letupan.

Kebanyakan saksi memberitahu bahawa letupan kedua lebih kuat berbanding letupan pertama dan keadaan menjadi kelam kabut selepas itu.

Setakat ini, tiada pihak tampil mengaku melancarkan serangan tersebut. - AGENSI

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.