VERSI : Mobile | Akhbar Digital
28 Julai 2014 / 1 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PAHANG

ARKIB : 28/05/2013

Persatuan Sahabat 60-an Pahang rai anak yatim

Ramli Mamat (barisan ketiga, empat dari kiri) bersama ahli persatuan dan anak yatim pada majlis makan malam meraikan anak yatim Semai Bakti, Jengka di Wisma Peneroka, Bandar Tun Abdul Razak Jengka, Kuala Krau, Pahang, kelmarin.

KUALA KRAU 27 Mei - Rumah Kebajikan anak yatim Semai Bakti Jengka di sini terus mendapat perhatian pertubuhan bukan kerajaan (NGO) apabila Persatuan Sahabat 60-an Pahang meraikan 23 penghuni rumah kebajikan itu semalam.

Pengerusinya, Ramli Mamat berkata, golongan itu diraikan dalam majlis jamuan makan malam di Wisma Peneroka Bandar Tun Abdul Razak Jengka.

Tambahnya, sebanyak 200 ahli persatuan itu hadir bagi memeriahkan majlis tersebut yang disusuli dengan majlis tahlil dan doa selamat dengan harapan kehidupan anak yatim itu mendapat keberkatan.

"Setiap anak yatim menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan makanan serta pakaian sumbangan ahli persatuan.

"Pihak kami bercadang akan mengambil penghuni rumah kebajikan ini sebagai anak angkat dan tinggal bersama keluarga ahli yang berminat sepanjang bulan Ramadan nanti,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Ketua Penjaga Rumah Kebajikan Anak Yatim Semai Bakti, Nur Yuslina Yusof.

Ramli berkata, majlis makan malam berkenaan berjaya menggembirakan anak-anak yatim tersebut dan merupakan salah satu program persatuan itu sejak dua tahun lalu.

Dalam pada itu, Nur Yuslina berkata, sumbangan NGO, korporat dan individu sangat diperlukan berikutan pertambahan kewangan bagi menguruskan anak- anak yatim di rumah tersebut.

"Kami sangat menghargai keprihatinan persatuan ini yang menjadikan rumah kebajikan itu sebagai salah satu aktiviti wajib mereka, malah menjadikan anak-anak di sini sebagai anak angkat mereka,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:43

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.