VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
PARLIMEN

ARKIB : 10/10/2013

Malaysia, Indonesia bekerjasama tangani masalah jerebu

Kiri JAMES DAWOS MAMIT, FIRDAUS ABDULLAH

KUALA LUMPUR 9 Okt. - Malaysia sedang bekerjasama dengan Indonesia dalam melaksana program ke arah pencegahan kebakaran hutan di Riau, Sumatera bagi menangani masalah jerebu merentas sempadan di kedua-dua negara.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Dr. James Dawos Mamit berkata, antara program yang dilaksana menerusi memorandum persefahaman (MoU) kedua-dua negara itu ialah peningkatan keupayaan kepada masyarakat tempatan mengenai teknologi pembakaran sifar aktiviti pertanian.

Usaha lain, kata beliau, menerusi projek perintis pemulihan tanah gambut yang sering terbakar serta pemasangan stesen pemantauan kualiti udara sebagai sistem amaran awal jerebu.

“Kita juga akan menjalankan kerjasama penyelidikan antara institusi pengajian tinggi di kedua-dua negara bagi mengatasi masalah jerebu.

“Walaupun kerajaan Indonesia masih dalam usaha meratifikasikan Perjanjian ASEAN Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (CO5), namun kerjasama antara kedua-dua negara khususnya dalam mengatasi masalah jerebu sangat diperlukan," katanya dalam sidang Dewan Negara hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Senator Datuk Dr. Firdaus Abdullah mengenai penyelesaian dan inisiatif lain yang diambil kerajaan untuk mengawal jerebu sementara menunggu kerajaan Indonesia meratifikasi CO5.

Terdahulu, menjawab soalan asal Senator Datuk Jaspal Singh mengenai status CO5, beliau berkata, kerajaan Indonesia sedang memasuki fasa akhir dalam membentangkan ratifikasi dokumen di Parlimen negara itu sebelum menandatangani perjanjian tersebut.

Untuk itu, tambah beliau, kerajaan dan negara-negara ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Peringkat Menteri Sub-Wilayah (MSC) ketika mesyuarat MSC Ke-15 pada 17 Julai lalu menggesa kerajaan Indonesia meratifikasi CO5.

“Kita sekali lagi menggesa mereka segera meratifikasi perjanjian itu pada 25 September lalu ketika mesyuarat negara-negara ASEAN mengenai CO5 di Surabaya selewat-lewatnya awal tahun depan.

“Kita juga akan menggesa mereka menyegerakan perkara tersebut dalam Mesyuarat Peringkat Ketua Negara ASEAN di Brunei Oktober ini," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.