VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 31/07/2013

Isa enggan ulas ura-ura tanding Naib Presiden UMNO

KUALA LUMPUR 31 Julai - Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad masih belum membuat keputusan sama ada akan bertanding sebarang jawatan pada pemilihan UMNO, Oktober ini.

Katanya, beliau tidak selesa bercakap mengenai politik pada masa ini dan akan membuat pengumuman mengenainya selepas Hari Raya nanti.

"Saya masih memikirkannya kerana lebih memberi tumpuan kepada bulan Ramadan. Saya kejar 10 malam terakhir dan setakat ini belum dapat petunjuk untuk membuat keputusan," katanya.

Mohd. Isa yang merupakan Pengerusi Felda berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Hari Raya oleh anak syarikat Felda Global Ventures (FGV) di sini, hari ini.

Beberapa portal dan blog semalam melaporkan bahawa Mohd. Isa berminat menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan UMNO.

Seorang pembantu Mohd. Isa ketika dihubungi berkata, laporan portal dan blog itu adalah kenyataan tidak rasmi dan hanya dipetik melalui perbualan.

Pada majlis itu, Mohd. Isa menyampaikan bantuan daripada 25 anak syarikat FGV kepada 418 penerima terdiri anak-anak yatim, ibu tunggal, dan fakir miskin dari Lembah Klang.

Selain itu, sumbangan berupa wang tunai, barangan keluaran Delima Oil Products Sdn. Bhd. dan kuih raya juga akan diagihkan kepada lebih 2,000 penerima yang layak di seluruh negara. - BERNAMA

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.