VERSI : Mobile | Akhbar Digital
24 Julai 2014 / 26 Ramadan 1435  
  Carian Arkib
POLITIK

ARKIB : 21/09/2013

Muqharabbin tawar diri Exco Pemuda, naib ketua pemuda bahagian

KUALA LUMPUR 20 Sept. - Pendaki Everest negara, Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin (gambar) menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO dan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai dalam pemilihan parti itu bulan depan.

Beliau yang juga Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B) berkata, sudah tiba masa untuknya memberi fokus dan bergiat secara serius sejak menyertai UMNO pada 2009 bagi memastikan parti terus relevan pada masa akan datang dan diterima oleh semua masyarakat di negara ini.

''Dengan pengalaman dan idea yang saya ada, saya ingin menyahut seruan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mentransformasi dan meremajakan UMNO dengan mempelbagaikan aktiviti dan mencipta kejayaan dalam kalangan belia khususnya Pemuda UMNO bukan hanya dalam negara malah di peringkat antarabangsa.

''Saya sedar banyak dugaan dan rintangan yang harus dihadapi dalam arena politik, tetapi saya memang sukakan cabaran. Sekiranya terpilih dengan keizinan Allah, saya akan melakukan yang terbaik untuk Pemuda UMNO dan bersedia berkorban apa jua dalam memperjuangkan nasib anak bangsa," katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Yang turut hadir Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lembah Pantai, Zailani Abu Bakar dan Penyelaras Media KE7B, Hazran Mohamed.

Muhamad Muqharabbin atau lebih mesra dengan panggilan Qobin berkata, beliau ingin menumpukan kepada bidang sukan dan rekreasi sekiranya terpilih memegang jawatan itu bagi meneruskan agenda mengangkat nama anak-anak Malaysia khususnya Melayu di persada dunia.

''Sekiranya diberi ruang dan tempat, saya akan melaksanakan pelbagai program bermanfaat untuk rakyat negara ini khususnya golongan belia. Beberapa program telah diatur seperti Ekspedisi Greenland 2014, Projek Anak Sabah ke Everest 2015, Ekspedisi Pemuda ke Tanah Suci, Jelajah Alam 1Malaysia dan Pertandingan Bola Sepak Antara Pemuda UMNO bahagian," katanya.

Sementera itu Zailani berkata, hasrat Muhamad Muqharabbin untuk bertanding telah disampaikan kepada semua ahli di peringkat bahagian dan sambutan yang diterima begitu menggalakkan.

''Berikutan kegagalan merampas semula kerusi Parlimen Lembah Pantai dalam Pilihan Raya Umum Ke-13, saya mengambil tanggungjawab melepaskan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian dan memberi ruang kepada belia lain yang berminat untuk menceburi bidang politik.

''Beliau merupakan anak jati Lembah Pantai. Melalui pengalaman dan idea yang beliau ada, saya yakin beliau mampu memimpin Pemuda UMNO di Lembah Pantai ke tahap yang lebih baik," katanya.

Zailani menambah, setakat hari ini selain Muhamad Muqharabbin, Penolong Bendahari Pemuda UMNO bahagian itu, Tengku Zuhri Tengku Abd. Aziz turut menawar diri bertanding jawatan Exco Pemuda.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:23
Asar 4:45
Maghrib 7:30
Isyak 8:44

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.