VERSI : Mobile | Akhbar Digital
17 April 2014 / 17 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
SABAH & SARAWAK

ARKIB : 04/06/2013

Wujud undang-undang kecil kebersihan pesisir pantai

SANDAKAN 3 Jun - Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) disaran memperkenalkan satu undang-undang kecil bagi menjaga kebersihan persisiran pantai di daerah itu yang menjadi salah satu tarikan pelancongan utama daerah berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri Karamunting, Charles Pang Su Pin berkata, seperti Undang-Undang Kecil Anti Sampah 2005, undang-undang kecil itu perlu diperkenalkan bagi mendidik dan mencegah masyarakat daripada membuang sampah ke laut dengan sesuka hati.

Katanya, dalam masa sama ia dilihat penting untuk memastikan kawasan pesisir pantai di daerah itu bebas daripada longgokan sampah, sekali gus mencerminkan jati diri masyarakat setempat kepada pelancong luar.

"Saya mencadangkan perkara ini bagi memastikan persekitaran pantai dan laut di daerah ini bebas daripada sampah, setelah undang-undang kecil bagi kebersihan kawasan tanah di daratan sudah ada," katanya di sini hari ini.

Tambah Su Pin, inisiatif MPS untuk melaksanakan undang-undang kecil itu amat diharapkan demi memastikan bandar Sandakan terus menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara.

Sementara itu, katanya, orang ramai juga diminta memberi kerjasama kepada MPS dalam menjayakan agenda mewujudkan sebuah bandar bersih dan selesa di daerah itu.

"Masyarakat perlu membudayakan amalan menjaga kebersihan pada diri dan keluarga, selain berusaha memastikan kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai bebas daripada sampah sarap," katanya.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:50
Zohor 1:16
Asar 4:27
Maghrib 7:21
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



BANCIAN ONLINE
IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.