VERSI : Mobile | Akhbar Digital
3 September 2014 / 8 Zulkaedah 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 13/06/2013

Rawatan ketidakseimbangan badan

Omar Osman (kiri) bersama Zuraida Zainun (tengah) ketika menghadiri sidang akhbar di Kampus Kesihatan USM, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan, baru-baru ini.

KOTA BHARU 12 Jun - Universiti Sains Malaysia (USM) akan membuka sebuah pusat merawat ketidakseimbangan badan yang merupakan faktor utama masalah kepeningan yang dialami kira-kira satu perlima daripada penduduk negara ini.

Naib Canselor USM, Prof. Datuk Omar Osman berkata, pusat yang akan beroperasi di Kampus Kesihatan USM di Kubang Kerian tersebut menawarkan terapi pemulihan dan rawatan tanpa pembedahan hasil inovasi penyelidik USM dan ia dijangka beroperasi mulai awal tahun depan.

Beliau berkata, universiti itu berjaya mendapatkan kerjasama dengan satu pihak luar yang sudi menjadi rakan kongsi membangunkan pusat berkenaan demi faedah masyarakat umum.

"Kita juga membuka peluang kepada rakan dari universiti lain untuk bekerjasama membangunkan pusat ini dan sama-sama menambah baik protokol yang digunakan untuk merawat masalah ketidakseimbangan badan yang mengakibatkan kepeningan.

"Kita tidak mahu ahli akademik hanya cemerlang dalam penghasilan jurnal atau penerbitan makalah sahaja tetapi haruslah menghasilkan inovasi nyata yang boleh memberi manfaat kepada orang ramai," katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika memperkenalkan dua hasil penyelidikan dari Kampus Kesihatan USM yang memenangi pingat emas pada Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa Ke-24 (ITEX 2013) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Dua produk tersebut adalah komposit tampalan gigi daripada sekam padi oleh kumpulan penyelidik Pusat Pengajian Sains Pergigian (PPSG) yang diketuai Prof. Dr. Ismail Ab. Rahman

Satu lagi produk adalah kerusi berpusing untuk mengatasi masalah kepeningan ciptaan kumpulan penyelidik diketuai Pensyarah Perubatan Kanan Pusat Pengajian Sains Kesihatan (PPSK), Dr. Zuraida Zainun.

Sementara itu, Zuraida ketika ditemui berkata, rekaan yang diberi nama Bal-Ex Zuraida-Shah Rotatory Chair tersebut berfungsi sebagai alat senaman untuk mengesan dan merawat masalah ketidakseimbangan badan.

"Masalah pening yang kerap dialami pesakit terutama yang berumur 50 tahun ke atas boleh diatasi dengan amalan rawatan terapi keseimbangan badan dan bukannya bergantung kepada pengambilan pil menahan kepeningan.

"Seseorang yang menjalani rawatan dengan kerusi berpusing boleh menjalani kualiti kehidupan lebih baik dalam tempoh dua hingga tiga bulan sahaja," katanya.

Beliau berkata, kerusi berpusing yang direka dengan kerjasama penyelidik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) itu boleh digerakkan dari frekuensi 0.1 hertz sehingga 2.0 hertz bagi membolehkan pengesanan secara tepat punca ketidakseimbangan seseorang pesakit melalui tindakbalas anak matanya.

Beliau berkata, kerusi dengan fungsi serupa boleh diimport dari luar negara tetapi harganya melebihi RM350,000 seunit dan di Malaysia setakat ini hanya dua hospital swasta berupaya memiliki kerusi sedemikian.

Justeru, beliau berbangga apabila pihaknya berjaya menghasilkan kerusi berpusing menggunakan bahan kitar semula dengan kos sebanyak RM11,000 sahaja.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:51
Zohor 1:16
Asar 4:22
Maghrib 7:20
Isyak 8:29


 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.