VERSI : Mobile | Akhbar Digital
1 Ogos 2014 / 5 Syawal 1435  
  Carian Arkib
TIMUR

ARKIB : 04/11/2013

Persatuan Nelayan Tumpat bantah

SEBAHAGIAN daripada lebih 200 nelayan berhimpun secara aman membantah tindakan kerajaan yang memperkenalkan pengunaan mata pukat bersaiz 38 milimeter di Jeti LKIM Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan, semalam. - UTUSAN/Rosni Masri

TUMPAT 3 Nov. - Lebih 200 nelayan dari Persatuan Nelayan Kawasan Tumpat berhimpun secara aman membantah tindakan kerajaan yang memperkenalkan pengunaan mata pukat bersaiz 38 milimeter (mm) di keroncong pukat tunda, berkuat kuasa Jumaat lalu.

Pengerusinya, Abdullah Omar berkata, langkah tersebut menyebabkan hampir 400 pengusaha bot pukat tunda di situ tidak dapat turun ke laut kerana masih menggunakan mata pukat bersaiz 20mm yang telah pun diharamkan.

Menurutnya, langkah kerajaan membuat pengumuman tersebut secara mengejut memberi masalah kepada mereka kerana mata pukat tunda bersaiz 38mm tidak dijual di pasaran tempatan, sebaliknya hanya terdapat di negara jiran.

Tambahnya, dia berharap kerajaan dapat mengkaji semula penguatkuasaan tersebut kerana khuatir jika peraturan tersebut diteruskan, nelayan tidak dapat turun ke laut, bimbang dikenakan tindakan sekiranya berbuat demikian.

"Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan pendapatan nelayan, pada masa sama menyebabkan bekalan ikan di pasaran berkurangan, sekali gus harga melonjak tinggi dan akhirnya semua orang susah.

"Bila pengumuman mengejut seperti ini dibuat, kami yang paling terkesan kerana kesukaran mendapatkan mata pukat baharu, selain harganya yang mahal di luar negara," katanya ketika ditemui selepas bantahan tersebut di Pangkalan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Baru-baru ini, kerajaan mengharamkan penggunaan bot pukat tunda yang menggunakan saiz mata di bawah ukuran 38mm bagi menyelamatkan spesies marin dan benih ikan daripada dimusnahkan mulai 1 November ini.

Katanya, Jabatan Perikanan telah menahan dua bot nelayan yang menggunakan pukat tunda jenis itu dua hari lalu menyebabkan nelayan lain tidak berani turun ke laut kerana tidak mahu berhadapan dengan risiko didenda.

Jelasnya lagi, bantahan tersebut dibuat bagi membuka mata pihak berkuasa tentang kesusahan dialami para nelayan terutama kos tinggi yang perlu ditanggung untuk mendapatkan pukat tunda baharu.

"Itu baru pukat tunda, bagi kerja-kerja menggantikan mata keroncong pula akan melibatkan kos tinggi, yang mana keroncong saiz 38mm ke atas juga akan menyebabkan hasil tangkapan kurang berkualiti," katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:22
Asar 4:43
Maghrib 7:30
Isyak 8:42

 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
PRK Bukit Gelugor
Utusan Live di PRK Parlimen Bukit Gelugor
PRK Teluk Intan
Utusan Live di PRK Parlimen Teluk Intan
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN

IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.