VERSI : Mobile | Akhbar Digital
20 April 2014 / 20 Jamadil Akhir 1435  
  Carian Arkib
UTARA

ARKIB : 01/07/2013

Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak buka cawangan di Bukit Merah Laketown

BAGAN SERAI 30 Jun - Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) yang diasaskan oleh Kumpulan Syarikat Educate to Learn Sdn. Bhd. dan milik sepenuhnya bumiputera, secara rasminya membuka kampus cawangan pertamanya di Bukit Merah Laketown Resort (BMLR) di sini hari ini.

Timbalan Pengarah Pelajaran Perak, Mohd. Idris Mohd. Ramli berkata, kolej yang menawarkan program Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak kepada pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) termasuk golongan ibu bapa yang berminat mendalami bidang berkenaan hanya mengenakan kos pengajian pada kadar berpatutan.

"Yuran mengikuti program selama dua tahun enam bulan ini hanya RM13,100, malah kursus ini telah mendapat akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

"Sehubungan itu, penawaran program ini diharapkan dapat memenuhi keperluan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) bagi sektor pendidikan terutamanya dalam meningkatkan bilangan pelajar memasuki peringkat prasekolah," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan kampus cawangan kolej berkenaan di BMLR dekat sini hari ini.

KPAKK yang memiliki kampus induk di Damansara Damai, Selangor memfokuskan pada bidang pendidikan awal kanak-kanak sejak 2006.

Kampus cawangannya yang dibuka di BMLR mula beroperasi sejak September tahun lalu dan kini mempunyai sebanyak 111 pelajar aktif menjalani proses pembelajaran untuk menjadi guru terlatih.

Dalam pada itu, Mohd. Idris berkata, pembukaan kolej berkenaan sekali gus dilihat mampu memenuhi keperluan tenaga pengajar prasekolah di peringkat swasta untuk berkelulusan sekurang-kurangnya diploma seperti yang ditetapkan oleh kementerian.

Lebih-lebih lagi katanya, Jabatan Pelajaran Negeri Perak ketika ini hanya mampu menawarkan kursus di peringkat sijil sebagai latihan penambahbaikan kualiti tenaga pengajar prasekolah di peringkat swasta.

"Kita tidak punyai masalah melibatkan program prasekolah di bawah kerajaan, cuma keperluan di peringkat swasta, masih belum kita penuhi.

"Saya lihat KPAKK dapat membantu berdasarkan pengamatan saya kerana kurikulum, bahan pengajaran serta kemahiran yang diajar menepati segala yang dihasratkan oleh kementerian," katanya.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan keterangan lanjut, boleh menghubungi KPAKK Bukit Merah di talian 05-8908801.

Utusan Online on Facebook
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:15
Asar 4:28
Maghrib 7:20
Isyak 8:31
 
 



IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN

MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.